28 November 2024

PEMBUKAAN BOOTH DAN TAKLIMAT KOPJCORP DI KPJ KUCHING SPECIALIST HOSPITAL

Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP) telah melangsungkan pembukaan booth dan taklimat di KPJ Kuching Specialist Hospital pada 28 November 2024. Tujuan program ini diadakan adalah memperkenalkan keanggotaan, pembiayaan, produk-produk serta pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh KOPJCORP kepada warga Johor Corporation dan anak syarikat dalam Kumpulan.

Selain pembukaan booth, sesi taklimat turut dijalankan bagi memberi penerangan yang lebih mendalam mengenai peranan serta manfaat keanggotaan KOPJCORP. Para pengunjung bukan sahaja berpeluang mendapatkan maklumat secara langsung mengenai tawaran KOPJCORP, malah turut menikmati permainan interaktif dengan hadiah menarik yang disediakan.

KOPJCORP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang bertuah.

Berikut adalah sorotan gambar sepanjang program berlangsung: