19 November 2024
Pada 19 November 2024, Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP) berpeluang untuk mengadakan pembukaan booth di KPJ Klang Specialist Hospital. Inisiatif ini bertujuan memperkenalkan keanggotaan, kemudahan pembiayaan, produk-produk serta keistimewaan yang ditawarkan oleh KOPJCORP kepada warga kerja Johor Corporation serta anak syarikat dalam Kumpulan.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Para pengunjung bukan sahaja memperoleh maklumat secara langsung mengenai tawaran KOPJCORP, malah turut berpeluang memenangi hadiah permainan interaktif yang disediakan.
KOPJCORP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan turut sama memeriahkan program ini.
Berikut adalah sorotan gambar sepanjang program berlangsung:




