29 April 2026

PEMBUKAAN BOOTH DAN SESI TAKLIMAT DI KPJ TAIPING MEDICAL CENTRE, PERAK

Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP) telah mengadakan sesi pembukaan booth dan taklimat di KPJ Taiping Medical Centre, Perak pada 29 April 2026 yang lalu.

Program ini dianjurkan sebagai usaha memperkenalkan keanggotaan, kemudahan pembiayaan, produk serta pelbagai manfaat eksklusif yang ditawarkan oleh KOPJCORP kepada warga kerja Johor Corporation dan anak-anak syarikat dalam Kumpulan.

KOPJCORP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah hadir dan memberikan sokongan sepanjang program berlangsung. 

Berikut merupakan sorotan gambar sepanjang sesi pembukaan booth dan taklimat berlangsung :


Back to Aktiviti Terkini

HUBUNGI KOPJCORP