07 May 2026

PEMBUKAAN BOOTH DAN TAKLIMAT DI KPJ KUALA SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL

Pada 07 Mei 2026, Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP) telah berjaya mengadakan sesi pembukaan booth bertempat di KPJ Kuala Selangor Specialist Hospital.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga kerja KPJ Sri Manjung mengenai peluang keanggotaan, rangkaian perkhidmatan, produk serta pelbagai manfaat menarik yang disediakan oleh KOPJCORP.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah meluangkan masa untuk berkunjung serta memberikan sambutan yang menggalakkan sepanjang program berlangsung. Ucapan tahniah dan selamat datang juga ditujukan kepada anggota baharu yang telah mendaftar sebagai sebahagian daripada keluarga KOPJCORP.

 


Back to Aktiviti Terkini

HUBUNGI KOPJCORP