01 July 2025
Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP) telah melangsungkan pembukaan booth dan taklimat di KPJ Pahang Specialist Hospital pada 01-02 Julai 2025. Program ini bertujuan memperkenalkan keanggotaan, pembiayaan, produk-produk serta pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh KOPJCORP kepada warga Johor Corporation dan anak syarikat dalam Kumpulan.
Selain pembukaan booth, sesi taklimat turut dijalankan bagi memberi penerangan yang lebih mendalam mengenai peranan serta manfaat keanggotaan KOPJCORP.
KOPJCORP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir serta mengucapkan tahniah kepada para pemenang cabutan bertuah.
Berikut merupakan sekilas gambar sepanjang program berlangsung:







Back to Aktiviti Terkini