22 November 2024

PEMBUKAAN BOOTH DI KPJ SPECIALIST & HEALTHCARE CENTRE KINRARA

Pada 22 November 2024, Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP) berpeluang untuk mengadakan pembukaan booth di KPJ Specialist & Healthcare Centre Kinrara. Program ini diadakan sebagai platform untuk memperkenalkan keanggotaan, kemudahan pembiayaan, produk-produk serta pelbagai keistimewaan eksklusif yang ditawarkan oleh KOPJCORP kepada warga kerja Johor Corporation dan anak syarikat dalam Kumpulan. 

Para pengunjung bukan sahaja memperoleh maklumat secara langsung mengenai tawaran KOPJCORP, malah turut berpeluang memenangi hadiah permainan interaktif yang disediakan.

KOPJCORP merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir memeriahkan program ini serta mengucapkan tahniah kepada para pemenang.

Berikut adalah beberapa paparan gambar sepanjang sesi pembukaan booth berlangsung:


Back to Aktiviti Terkini

HUBUNGI KOPJCORP