19 February 2025

PEMBUKAAN BOOTH KOPJCORP SEMPENA JLG TOWNHALL 2025

Pada 19 Februari 2025, Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP) telah berbesar hati memenuhi jemputan JLand Group ke JLG Townhall 2025 yang bertempat di Kompleks Mutiara Johor Land. 

Sempena program ini, KOPJCORP telah membuka booth khas bagi memperkenalkan keanggotaan, pembiayaan, produk-produk serta pelbagai keistimewaan yang ditawarkan kepada warga kerja JLand Group, iaitu salah satu anak syarikat dalam Kumpulan.

Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada KOPJCORP untuk mendekati warga kerja secara lebih dekat, malah turut memperkukuh kerjasama strategik bersama JLand Group dalam menyampaikan manfaat koperasi kepada lebih ramai anggota.

KOPJCORP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JLand Group atas jemputan yang diberikan serta terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir ke booth ini dan menurut serta dalam permainan interaktif yang disediakan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang bertuah.

Berikut adalah sorotan gambar sepanjang sesi pembukaan booth berlangsung:



Back to Aktiviti Terkini

HUBUNGI KOPJCORP