10 July 2025
Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP) telah mengadakan sesi taklimat di Johor Skills pada 10 Julai 2025. Tujuan taklimat ini diadakan adalah memberi penerangan mengenai keanggotaan, pembiayaan, produk-produk serta pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh KOPJCORP kepada warga Johor Skills.
Melalui sesi ini, para peserta berpeluang mendapatkan maklumat secara langsung dan lebih terperinci mengenai manfaat menyertai KOPJCORP, di samping dapat mengajukan soalan serta berinteraksi bersama wakil koperasi.
KOPJCORP merakamkan penghargaan kepada pihak Johor Skills atas kerjasama yang diberikan, serta terima kasih kepada semua peserta yang hadir memeriahkan sesi taklimat ini.
Berikut adalah sorotan gambar sepanjang sesi taklimat berlangsung:




