14 October 2025

TAKLIMAT KOPJCORP UNTUK ANGGOTA PEKERJA JPG

Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP) telah mengadakan sesi taklimat kepada anggota pekerja Johor Plantation Group (JPG) di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram pada 14 Oktober 2025 yang lalu. Tujuan taklimat ini diadakan adalah memberi penerangan mengenai keanggotaan, pembiayaan, produk-produk serta pelbagai keistimewaan KOPJCORP kepada warga kerja JPG.

Melalui sesi ini, para peserta berpeluang mendapatkan maklumat secara langsung dan lebih terperinci mengenai manfaat menyertai KOPJCORP, di samping dapat mengajukan soalan serta berinteraksi bersama wakil koperasi.

KOPJCORP merakamkan penghargaan kepada pihak JPG atas jemputan dan kerjasama yang diberikan, serta terima kasih kepada semua peserta yang hadir memeriahkan sesi taklimat ini. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta yang telah mendaftar menjadi anggota dan mendapatkan merchandise daripada KOPJCORP.

Berikut adalah sorotan gambar sepanjang sesi taklimat berlangsung:


Back to Aktiviti Terkini

HUBUNGI KOPJCORP