Bayaran Keanggotaan

1. Keanggotaan KOPJCORP terbuka kepada semua kakitangan yang bekerja di Johor Corporation dan anak syarikat Johor Corporation sahaja.

2. Bayaran keanggotaan bagi bulan pertama boleh dibuat melalui potongan gaji atau online transfer.

3. Pecahan bayaran keanggotaan adalah seperti berikut:

Fi Masuk   RM 10.00 Sekali bayar sahaja
Modal Syer  RM 100.00 Sekali bayar sahaja
Yuran Bulanan (Caruman)  RM 30.00 (minimum) Bulanan
Jumlah Bayaran Bulan Pertama  RM 140.00   

4. Manakala mereka yang belum menjadi anggota namun ingin membuat permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Telah menjadi anggota Koperasi sekurang-kurangnya 1 bulan 
  • Telah membayar Modal Syer sebanyak RM100.00 dan Fi Masuk Anggota RM10.00
  • Telah mencarum dalam Modal Yuran sekurang-kurangnya enam (6) bulan iaitu [RM30.00 (minima) x 6 bulan] yang berjumlah RM180.00 
  • Sekiranya masih belum menjadi anggota, bayaran RM140.00 perlu dibuat terlebih dahulu kepada Koperasi bagi melengkapkan syarat telah menjadi anggota sekurang-kurangnya sebulan sebelum membuat pembiayaan.

5. Bayaran keanggotaan boleh dibuat ke akaun Koperasi seperti berikut:

Nama Bank Maybank 
Nombor Akaun              5510 1670 8956 
Nama Penerima Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad 
Emel Penerima kopjcorp@kopjcorp.com.my 

6. Permohonan Anggota-i boleh dibuat dengan melengkapkan borang anggota di bawah, beserta bayaran (jika ada) dan salinan kad pengenalan (boleh emel ke kopjcorp@kopjcorp.com.my) seperti berikut:-

Borang Keanggotaan PDF

atau isi borang keanggotaan secara online

7. Peringatan:  Anggota hanya boleh memohon menarik diri daripada menjadi anggota selepas satu (1) tahun pendaftaran

 

Syarat Keanggotaan

Menurut Seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:

1) warganegara Malaysia
2) telah mencapai umur lapan belas tahun
3) bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini ; dan
4) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak 
    upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-
    mana koperasi dalam tempoh satu tahun.


Untuk makluman, caruman yang dibuat tidak boleh dikeluarkan melainkan berhenti kerja/berhenti anggota tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad.

HUBUNGI KOPJCORP