Pembiayaan Peribadi-i

Pembiayaan Peribadi-i (Tawarruq) ini bertujuan menyediakan kemudahan bagi anggota koperasi dari kumpulan Johor Corporation bagi mendapatkan pembiayaan untuk kegunaan peribadi di mana had pembiayaan adalah bermula dari RM2,000.00 sehingga RM200,000.00.

Antara perkara menarik yang ditawarkan melalui pembiayaan ini adalah:

Jumlah ditawarkan  Minima     : RM2,000 hingga; 
Maksima  : RM200,000 
Kadar keuntungan 5.5% bagi tempoh bayaran 1 hingga 3 tahun
6.0% bagi tempoh bayaran 4 hingga 10 tahun 
Tempoh bayaran balik  1 hingga 10 tahun (bagi anggota pekerja yang berjawatan tetap)
Mengikut tempoh baki kontrak (bagi anggota pekerja yang berjawatan kontrak)
Cara bayaran balik Melalui potongan gaji 
Fi proses RM100   : Bagi semua jumlah pembiayaan
Penjamin

1 penjamin (yang bekerja dan mempunyai penyata gaji) diperlukan bagi setiap permohonan. Penjamin di benarkan dari kalangan keluarga atau rakan kerja.

Perlindungan Takaful Pembiayaan yang diluluskan akan dilindungi takaful sekiranya berlaku kes kematian atau kecacatan kekal kepada pemohon
Kelulusan Kelulusan adalah tertakluk kepada AJK Pembiayaan 



Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi tertakluk kepada syarat-syarat  berikut:

Telah menjadi anggota Koperasi sekurang-kurangnya 6 bulan atau sekurang-kurangnya 1 bulan bagi anggota baru yang ingin membuat permohonan pembiayaan . Baki caruman yang tidak mencukupi akan ditolak melalui pembiayaan sekiranya lulus.
Telah membayar Modal Syer sebanyak RM100.00
Telah mencarum dalam Modal Yuran sekurang-kurangnya enam (6) bulan iaitu [RM30.00 (minima) x 6 bulan] yang berjumlah RM180.00
Bagi anggota baru dan ingin terus membuat permohonan pembiayaan, anggota wajib membayar RM140 terlebih dahulu yang merangkumi RM10 fi masuk anggota, RM100 modal syer dan RM30 caruman sebulan. Bayaran boleh dibuat di akaun Koperasi di bawah.
Telah berkhidmat dalam Johor Corporation atau syarikat dalam kumpulan sekurang-kurangnya satu tahun
Berkemampuan, iaitu potongan dalam penyata gaji tidak melebihi enam puluh peratus daripada jumlah  pendapatan dan mengikut kelayakan Credit Rating
Baki gaji setelah ditolak bayaran balik pembiayaan perlulah tidak kurang dari RM1,000.00
Tiada tunggakan pada laporan kredit; kelulusan boleh dipertimbangkan oleh pihak pengurusan sekiranya mempunyai tunggakan
Bagi anggota yang telah menerima pembiayaan peribadi-i sebelum ini dan ingin membuat overlap, syarat utama membuat overlap ialah baki pembiayaan semasa perlu diselesaikan sekurang-kurangnya 50 peratus. Cara permohonan adalah sama seperti permohonan pembiayaan buat kali pertama.

Sekiranya berminat untuk membuat pembiayaan, sila dapatkan borang di bawah.

Dokumen yang wajib ada sewaktu membuat permohonan:

1. Borang permohonan pembiayaan peribadi yang lengkap diisi dan ditandatangani (termasuk penjamin 1)

2. Surat pengesahan jawatan dari majikan (mohon majikan letak di dalam surat pengesahan jawatan tersebut tempoh notis berhenti kerja)

3. Penyata gaji terkini 3 bulan

4. Salinan kad pengenalan depan dan belakang

5. Bayaran RM15 untuk fi laporan kredit. Sila buat bayaran ke akaun bank Koperasi di bawah dan lampirkan resit bayaran.

Nombor akaun 5510 1670 8956 
Nama bank Maybank 
Nama penerima  Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad 

Borang Pembiayaan Peribadi-i - muat turun
Kalkulator Pembiayaan Peribadi-i - muat turun

HUBUNGI KOPJCORP