Makluman Terkini

Kepada : Semua Anggota
Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

Daripada : Pengurusan
Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

Tarikh : 10 Februari 2023

PEMBAYARAN DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kadar dividen atas simpanan Anggota Kopjcorp yang aktif bagi tahun kewangan berakhir 31 DISEMBER 2021 sepertimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), seperti berikut;

• Dividen atas modal syer sebanyak 10%
• Dividen atas modal yuran sebanyak 1%

Anggota yang layak perlu membuat permohonan pengeluaran dividen dengan mengisi borang pengeluaran dividen dan menghantar borang yang lengkap bersama satu (1) salinan kad pengenalan ke emel kopjcorp@kopjcorp.com.my dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh makluman ini. Sila dapatkan borang pengeluaran dividen tersebut di bawah:

Borang Pengeluaran Dividen

Di kesempatan ini, pihak Anggota Lembaga dan seluruh warga Kopjcorp ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua anggota Kopjcorp selama ini. Segala sokongan dan kerjasama yang baik ini akan menambahkan semangat dan keteguhan bersama di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

 


Kepada : Semua Anggota

Penyata pembiayaan dan caruman hanya akan dikeluarkan oleh pihak Koperasi melalui permintaan (Upon Request).

Sila emel ke kopjcorp@kopjcorp.com.my maklumat berikut sekiranya anggota ingin mendapatkan penyata terkini:

1. Nama Penuh
2. Nombor Kad Pengenalan
3. Tujuan

Sekian, terima kasih.



Kepada : Semua Anggota

Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

Daripada : Pengurusan
Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

Tarikh : 6 Mac 2022

PEMBAYARAN DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kadar dividen atas simpanan Anggota Kopjcorp yang aktif bagi tahun kewangan berakhir 31 DISEMBER 2020 sepertimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), seperti berikut;

• Dividen atas modal syer sebanyak 5%
• Dividen atas modal yuran sebanyak 1%

Anggota yang layak perlu membuat permohonan pengeluaran dividen dengan menghantar emel kepada kopjcorp@jcorp.com.my dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh makluman ini. Sila sertakan maklumat berikut di dalam emel tersebut:

1) Nama Anggota
2) No Kad Pengenalan
3) No Akaun Bank dan Nama Bank

Di kesempatan ini, pihak Anggota Lembaga dan seluruh warga Kopjcorp ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua anggota Kopjcorp selama ini. Segala sokongan dan kerjasama yang baik ini akan menambahkan semangat dan keteguhan bersama di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

 




Kepada : Semua Anggota
Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

Daripada : Pengurusan
Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

Tarikh : 29 Mac 2021

PEMBAYARAN DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kadar dividen atas simpanan Anggota Kopjcorp bagi tahun kewangan berakhir 31 DISEMBER 2019 sepertimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), seperti berikut;

• Dividen atas modal syer sebanyak 5%

Anggota yang masih lagi berkhidmat dan tidak lagi berkhidmat dengan Johor Corporation dan syarikat-syarikat dalam kumpulan Johor Corporation, perlu membuat permohonan pengeluaran dividen dengan menghantar emel kepada kopjcorp@jcorp.com.my dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh makluman ini. Sila sertakan maklumat berikut di dalam emel tersebut:

1) Nama Anggota
2) No Kad Pengenalan
3) No Akaun Bank dan Nama Bank

Di kesempatan ini, pihak Anggota Lembaga dan seluruh warga Kopjcorp ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua anggota Kopjcorp selama ini. Segala sokongan dan kerjasama yang baik ini akan menambahkan semangat dan keteguhan bersama di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.




Kepada       :  Semua Anggota
                           Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

Daripada          : Pengurusan
   Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

Tarikh : 1 April 2020

NOTIS: MAKLUMAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN DAN CARUMAN KEPADA ANGGOTA KOPERASI KUMPULAN JOHOR CORPORATION BERHAD (KOPJCORP)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Merujuk kepada kenyataan Bank Negara Malaysia pada 25 Mac 2020 iaitu, “Bagi membantu aliran tunai individu dan PKS yang berkemungkinan paling terjejas akibat COVID-19, institusi perbankan akan menawarkan penangguhan kepada semua pembayaran balik pinjaman/pembiayaan untuk tempoh 6 bulan, berkuat kuasa pada 1 April 2020. Tawaran ini diberikan kepada pinjaman/pembiayaan dalam denominasi Ringgit yang mempunyai rekod pembayaran yang baik serta tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020.”

Oleh itu, selaras dengan usaha dalam meringankan beban individu yang terjejas, pihak Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP) dengan persetujuan Ahli Lembaga Koperasi, telah bersetuju  untuk menangguhkan bayaran balik pembiayaan (Peribadi dan Kebajikan) serta caruman untuk tempoh 6 bulan berkuatkuasa April 2020 sehingga September 2020 kepada semua anggota yang aktif.

Lanjutan dengan penangguhan tersebut, semua pembiayaan baru juga ditangguhkan. Bagaimanapun anggota masih boleh menghantar permohonan menjadi anggota dan permohonan pembiayaan dalam tempoh tersebut tetapi hanya akan diproses mulai bulan Oktober 2020.

Namun begitu, semua anggota KOPJCORP yang membuat pembiayaan dan berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan dan keanggotaan KOPJCORP juga adalah tertakluk kepada terma & syarat berikut yang tertera di dalam notis menarik diri anggota:-

“Syarikat perlu menolak daripada gaji, wang pampasan daripada syarikat atau apa-apa bentuk pendapatan bagi membuat pembayaran balik baki pembiayaan anggota kepada Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad sebelum gaji, wang pampasan daripada syarikat atau apa-apa bentuk pendapatan tersebut dibayar kepada anggota pekerja. Sekiranya anggota Koperasi tersebut ditamatkan perkhidmatan, meletakkan jawatan atau berhenti daripada berkhidmat di syarikat dengan notis 24 jam, notis bulanan atau berlakunya penjualan syarikat kepada pihak ketiga atau pemberhentian secara sukarela (VSS), baki pembiayaan perlu dijelaskan sepenuhnya dan akan ditolak daripada gaji, wang pampasan daripada syarikat atau apa-apa bentuk pendapatan tersebut”.

Sehubungan dengan itu, anggota yang berhasrat menamatkan perkhidmatan mahupun ditamatkan perkhidmatannya adalah dikehendaki menjelaskan baki pembiayaan melalui potongan gaji / pendapatan akhir anggota seperti yang telah dipersetujui di dalam akad pembiayaan tersebut.

Kami berharap dengan inisiatif ini dapat membantu anggota sedikit sebanyak dalam meringankan beban ekonomi diri dan keluarga di samping memberi semangat kepada anggota untuk terus berusaha dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dan seterusnya membantu kerajaan dalam menaikkan semula ekonomi negara.

Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sila layari www.kopjcorp.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KOPJCORP.

Sekian, terima kasih.

#KitaJagaKita


Kepada      :  Semua Anggota
                           Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

Daripada          : Pengurusan
   Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

Tarikh : 19 November 2019

PEMBAYARAN DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kadar dividen atas simpanan Anggota Kopjcorp bagi tahun kewangan berakhir 31 DISEMBER 2018 sepertimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), seperti berikut;

• Dividen atas modal syer sebanyak 5%
• Dividen atas modal yuran sebanyak 5%

Anggota yang masih lagi berkhidmat dan tidak lagi berkhidmat dengan Johor Corporation dan syarikat-syarikat dalam kumpulan Johor Corporation, perlu membuat permohonan pengeluaran dividen dengan menghantar emel kepada kopjcorp@jcorp.com.my dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh makluman ini. Sila sertakan maklumat berikut di dalam emel tersebut:

1) Nama Anggota
2) No Kad Pengenalan
3) No Akaun Bank dan Nama Bank

Di kesempatan ini, pihak Anggota Lembaga dan seluruh warga Kopjcorp ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua anggota Kopjcorp selama ini. Segala sokongan dan kerjasama yang baik ini akan menambahkan semangat dan keteguhan bersama di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.




Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad akan mengadakan roadshow di Johor Corporation pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan.

 

HUBUNGI KOPJCORP