Soalan Lazim Kredit/Pembiayaan

1. Jenis pembiayaan yang disediakan di Kopjcorp?

a) Pembiayaan Kebajikan-i
b) Pembiayaan Peribadi-i
c) Pembiayaan Peribadi-i (Khas)

2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat pembiayaan peribadi-i?

a) Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi-i/ Peribadi-i (Khas)
b) Salinan Kad Pengenalan
c) Slip Gaji 3 Bulan
d) Surat Pengesahan Majikan
*Bagi pembiayaan Kebajikan-i, dokumen adalah sama, borang yang perlu diisi ialah Borang Permohonan Kebajikan-i

3. Berapa lamakah tempoh untuk memproses borang permohonan Pembiayaan tersebut?

a) Bagi borang Pembiayaan Kebajikan-i, tempoh proses dianggarkan dalam seminggu
b) Bagi borang Pembiayaan Peribadi-i, tempoh proses sehingga mesyuarat kelulusan jawatankuasa diadakan

4. Tempoh jangkaan dapat wang pembiayaan?

Dua minggu setelah menandatangani perjanjian dan surat tawaran

Carta aliran Pembiayaan Peribadi-i

5. Berapakah had pembiayaan di Kopjcorp?

Had pembiayaan peribadi-i adalah bermula dari RM2,000.00 sehingga RM200,000.00. Had minima dan maksima ini boleh diubah oleh Lembaga bergantung kepada keupayaan sumber kewangan. Manakala had pembiayaan peribadi-i (Khas) adalah berjumlah RM2,000.00 hingga RM10,000.00.

6. Berapa lamakah tempoh bayaran balik?

Tempoh pembayaran balik pembiayaan peribadi-i tidak melebihi 120 bulan diantara 1 tahun hingga 10 tahun. Manakala tempoh pembiayaan peribadi-i (Khas) adalah dari 1 hingga 6 tahun.

7. Siapakah yang layak menjadi penjamin sekiranya sesuatu pembiayaan itu memerlukan penjamin?

Penjamin hendaklah terdiri daripada kalangan keluarga terdekat atau rakan sekerja yang mempunyai pendapatan.

8. Apakah kelayakan untuk membuat pembiayaan?

a) Telah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran sebanyak RM180.00 (RM30.00 x 6 bulan) dan menjadi
            Anggota sekurang-kurangnya satu (1) bulan.
b) Telah membayar Modal Syer sebanyak RM100.00 dan telah mencarum dalam Modal Yuran sebanyak             sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan.
c) Berkemampuan, iaitu bayaran ansuran bulanan tidak melebihi enam puluh peratus daripada jumlah             pendapatan.

HUBUNGI KOPJCORP