19 October 2022

Majlis Perasmian Ar-Rahnu X'Change Bandar Dato' Onn

Majlis perasmian Ar-Rahnu X'Change telah diadakan pada 19 Oktober 2022 bertempat di hadapan premis pejabat Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad di Bandar Dato' Onn. Ar-Rahnu X'Change Bandar Dato' Onn telah dirasmikan oleh Encik Mohd Nordin Bin Jamaludin selaku Pengerusi Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad. Beberapa tetamu jemputan yang lain juga turut  menghadiri majlis tersebut. Antaranya, Datuk Abdul Malik Bin Abdullah; Ahli Lembaga Pengarah Rakyat Management Services Sdn Bhd, Puan Yusniha Binti Jamaludin; Ketua Pegawai Eksekutif RMS, Sub Inspektor Mohd Nor Bin Baba; Timbalan Ketua Balai Polis Bandar Dato' Onn, Encik Ikhmal Hadi Bin Ibrahim; State Deposit Director Bank Islam, Encik Rosdi Bin Abu Bakar; Pegawai Hal Ehwal Ekonomi SKM Wilayah Johor Bahru 2, wakil-wakil dari RMS, SKM, Bank Islam dan komuniti setempat. Majlis yang dihadiri kira-kira 100 tetamu itu telah berjalan dengan lancar dan meriah. 


Back to Aktiviti Terkini

HUBUNGI KOPJCORP