Info 2018

27 Februari 2018

Assalamualaikum

Notis Makluman : Pembayaran Dividen 2016 sebanyak 5%

 

Sukacita dimaklumkan bahawa dividen bagi tahun 2016 iaitu sebanyak 5% akan dimasukkan ke dalam saham ahli. Pembayaran akan dibuat bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.

Sehubungan dengan itu, semua diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi sebagaimana berikut dan emailkan kepada kopjcorp@jcorp.com.my
  • Nama
  • No KP 
  • Alamat tetap
  • No telefon anggota
  • Email
  • Tempat dan alamat bekerja
  • Nama Pewaris , no kp dan hubungan
  • No telefon pewaris

Sekiranya pihak kami tidak menerima maklumbalas, dividen tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun modal syer dan caruman anggota bersama Koperasi.

Sekian, terima kasih.

Membangun bersama koperasi anda!“

 

April 2018

Pemohonan Pembiayaan Peribadi - i melebihi RM5,000 ke atas         
                                 

Adalah dimaklumkan kepada semua anggota Kopjcorp yang membuat permohonan pembiayaan peribadi-i melebihi RM5,000, pihak Kopjcorp akan menawarkan tawaran kepada anggota yang memohon setelah dana pembiayaan diperolehi. 

Dimaklumkan juga permohonan pembiayaan berjumlah melebihi  RM5K iaitu permohonan bertarikh  bulan April 2018 – Ogos 2018 (sebelum  14 Ogos) telah diluluskan pada 15 Ogos 2018.

Semua anggota yang memohon akan dihubungi oleh pihak Kopjcorp selepas dana diperolehi untuk menandatangani surat tawaran dan perjanjian.


Permohonan Pembiayaan Peribadi-i RM5,000 dan Ke bawah

Dimaklumkan juga permohonan pembiayaan berjumlah RM5K dan ke bawah iaitu permohonan bertarikh  bulan April 2018 – Ogos 2018 (sebelum  14 Ogos) telah diluluskan pada 15 Ogos 2018.

Pihak KOPJCORP akan menghubungi anggota bagi menandatangani surat tawaran dan perjanjian. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus ke talian 07-219 5163/2725 atau email terus ke alamat kopjcorp@jcorp.com.my 

Note: Semua kelayakan kelulusan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan.

HUBUNGI KOPJCORP